~~Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "wahai anakku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."~~

Friday, March 26, 2010

Pengenalan Tadika Daarunnajah

Assalamualaikum w.b.t..

Bersyukur kehadrat Ilahi di atas limpahan rahmat-Nya buat kita semua, tidak lupa juga kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..


Terima kasih yang setingginya buat yang mengunjungi blog kami. Untuk informasi terawal Tadika Daarunnajah, di sini kami sertakan beberapa pengenalan awal TADIKA DAARUNNAJAH.

Tadika Daarunnajah ini telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu. Iaitu bermula pada tahun 2006. Yang diasaskan oleh pengasasnya Puan Hjh. Zunaidah bt. Sairi. Sekarang Tadika Daaruunnajah ini mempunyai 60 hingga 70 orang pelajar dengan 4 orang guru serta 1 orang pembantu.

Di sini kami sertakan juga sesi pembelajaran tadika ini yang terbahagi kepada dua sesi:

Sesi Pagi: Sesi Akademik - 8.00am hingga 12.00pm

Sesi Tengahari: Sesi Pra tahfiz - 12.00pm hingga 2.30pm

SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran Tadika Daarunnajah ini mengikuti Kurikulum Pra-sekolah Standard Kebangsaan. Selain itu, tadika ini juga memberikan Asas Pendidikan Islam dalam sukatan pelajaran mereka. Disamping itu, tadika ini menyediakan Ko-kurikulum Tadika seperti:

a. Lawatan sambil belajar ke zoo atau perkelahan
b. Sukaneka, dan
c. Hari kecermelangan pelajar disetiap hujung tahun.

*****************************************************************

Anda boleh menghubungi kami di talian:

Tadika Daarunnajah

Pengasas tadika: Hjh. Zunaidah bt. Sairi

No.tel: 0192676762


Beralamat di NO. 62,JALAN SG. KAPAR INDAH 10A,TAMAN SG. KAPAR INDAH,
42200 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN.

****************************************************************

Sekilas aktiviti yang telah di adakan...


~SUKANEKA~






~LAWATAN~